Wednesday, February 13, 2008

Pengalaman mendaftar blog

Sebelum saya berkongsi pengalaman saya semasa membuat blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Mazalah Bt.Ahmad selaku pensyarah kami yang banyak membantu saya dalam membina blog ini walaupun tidak seberapa cantik...tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang seperjuangan dengan saya yang bertungkus lumus membantu saya dalam menyiapkan blog saya ini..Untuk melakukan sesuatu perkara jika tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan amatlah sukar..Seperti saya juga dalam membina blog ini...saya menghadapi masalah dalam menyiapkan blog saya ini dimana saya perlu mendaftar terlebih dahulu..pensyarah mengajar saya satu per satu dalam menghasilkan blog ini...dengan perlahan-lahan dan berhati-hati saya dapat mengikut cara yang diajar oleh pensyarah saya..semasa hendak mendaftar blog ini, kami mempunyai masalah dari segi internet menyebabkan saya perlu berulang-ulang mendaftar blog ini...akhirnya saya dapat mengdaftar blog ini...walaubagaimanapun kepada sesiapa yang ingin membuat blog, jaganlah mudah berputus asa dalam membina blog ini..cuma yang membezakan nya adalah cepat atau lambat sahaja dalam menyiapkan blog ini... memang susah nak buat blog...kena cuba,cuba,cuba dan akhirnya baru berjaya...aduh..sedihnya....

No comments: