Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://www.genganu.blogspot.com
KISAH MANUSIA, SYAITAN DAN MALAIKAT
Manusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam,
tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk
ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah
dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar
ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia ,
nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?
suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex
lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok
ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi
ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam,
nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah
besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah
kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa
yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak
solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia
dan akhirat untukmu. Solat itu wajib
bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah
aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan
kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!)
untukmu...
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan artikel
ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang
anda kenal
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat. “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Subhanallah, inilah dia kehebatan melalui perintah Allah s.w.t. Allah s.wt memerintahkan HambaNya dengan sesuatu urusan bukanlah bertujuan untuk membebankan hambaNya, tetapi ianya mempunyai satu penawar yang cukup mujarab untuk manusia yang mana tidak dijumpai penawar tersebut melalui teknologi moden yang wujud sekarang ini. Inilah hikmah solat yang diperintahkan Allah kepada kita sejak beribu-ribu tahun dahulu. Sesungguhnya hanyalah Dia yang menciptakan manusia dan hanyalah Dia satu-satunya yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Sahabat...
No comments:
Post a Comment